Thursday, March 1, 2012

Apa tujuan hidup di dunia?

tiba-tiba terfikir satu hal...apa tujuan kita hidup di dunia ini? untuk apa kita hidup di dunia ini? apa sebabnya? kerana apa?.saya juga ada bertanya pada diri sendiri..apa tujuan kita hidup?? Apaaaaaa!!!!!
tetibe saya kelu..saya takde jawapan untuk apa ye? nampak sangat takde halatuju hidup,prinsip hidup!
kita semua adalah khalifah di muka bumi ini..semua tahu kan? tapi tak semua mampu menjadi khalifah di bumi ini..tujuan hidup menurut islam...menurut agama kita...

Dasar Dasar Utama dalam Cara Hidup Islam
Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang khusus dimana ia meletakkan tempat yang istimewa terhadap kedudukan manusia di dalam 'alam semesta yang dijadikan oleh Allah.
Bagi menjelaskan kedudukan, peranan dan tujuan hidup manusia di dunia ini, Islam telah menggariskan beberapa dasar yang dapat difahami seperti berikut
1.  Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik 'alam semesta. Allah telah mencipta manusia dan menyediakannya tempat tinggal sementara di muka bumi. Allah telah mengurniakan manusia 'aqal untuk berfikir serta telah memberi kepadanya kemampuan untuk membezakan di antara yang haq dengan yang batil. Manusia juga telah diberikan kebebasan dengan daya ikhtiyar dan hak memilih malah ia juga diberikan kuasa untuk menggunakan sumber sumber 'alam mengikut cara yang disukainya.
2.  Manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu ia dituntut untuk beriman dan patuh kepada segala perintah dan peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Nya. Dengan 'aqal, daya ikhtiyar dan kemampuan memilih manusia bebas sama ada untuk beriman atau kufur kepada Allah. Tetapi manusia diingatkan bahawa tempat mereka di bumi tidak kekal. Manusia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya sebagai satu tempat persediaan.
3.  Untuk membolehkan manusia melaksanakan tugasnya maka Allah mengutuskan kepada manusia para rasul dan nabi nabi beserta syari'at dan kitab kitab sebagai panduan dan bimbingan hidup mereka. Rasulullah s.a.w adalah rasul yang terakhir membawa syari'at dan kitab terakhir bagi panduan seluruh manusia hingga ke akhir zaman.
4.  Manusia diperintahkan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Dia dituntut untuk menyebarkan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manusia yang beriman ditugaskan untuk menyeru manusia manusia yang telah terseleweng untuk kembali kepada jalan yang benar. Manusia juga dituntut agar membina diri dan membangunkan seluruh masyarakatnya menurut ajaran yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
5.  Apabila tiba masanya setiap manusia akan mati. Selepas itu apabila telah tiba masanya seluruh 'alam ini pula dibinasakan oleh Allah. Sebaik sahaja manusia dibangkitkan semula, semua manusia akan dikumpulkan untuk dihisab. Pada Hari itu tahulah manusia tempat kediaman mereka yang sebenar di Akhirat.

berhakkah kita hidup di bumi Allah ini tapi kita mengingkari perintahNya? seperi kita masuk rumah seseorang dan melakukan apa sahaja dirumah yang bukan milik kita,kita melakukannya seperti kita yang punya? boleh ke? agak-agak tuan rumah tu marah ke tidak atas perlakuan kita seperti itu? tak malukah kita? bertindak sesuka hati di muka bumi ini?? kita tahu semua ini tapi masih mengingkarinya..Ya Allah..berikan aku Hidayah dan petunjukMu..dan janganlah kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah padaku Ya Allah..Tuntunlah langkah ku ini..untuk bersamaMu kala suka dan dukaku..T_T..okay..ini tujuan hidup untuk agama kita...seterusnya? apa tujuan kamu hidup? apa cita-cita kamu? bagaimana untuk merealisasikan cita-cita kamu? apa perlu kamu buat? bertubi-tubi soalan keluar dari benak ini...

siapa taknak berjaya di dunia ini? siapa taknak harta dunia? siapa taknak cantik? siapa taknak sihat? siapa taknak kegembiraan? siapa xnak semua ini? tapi siapa kita untuk dapat semua ini? siapa kita? layakkah kita? tapi xsemua apa yang kita nak kita akan dapat kan? Allah Maha Adil. itu yang pasti.

bersambung.....



No comments:

Post a Comment

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..