Sunday, December 4, 2011

saya ada ASMA...=(

Pada mulanya saya pandang rendah akan penyakit ini...saya takde pendedahan yang banyak sangat dan saya pun tak ambil tahu tentang sakit ini..boleh di katakan saya cuma pandang sebelah mata je..rupanya sakit ni tiada penawarnya..cume pencegahan dan rawatan sementara.. sebenarnya,sakit ini bila2 masa je die boleh datang dan pergi..tapi buat masa sekarang ni..tiap2 malam saya lelah..mgkin kerana musim sekarang asyik hujan dan sekeliling pun jadi sejuk..saya menghidap penyakit ni kira-kira 3 tahun lepas..pertama kali saya kena semasa saya semester pertama diploma..seingat saya,mula2 saya ade selesema...bila selesema,kena nafas ikut mulut termasuklah masa tidur kan..lama kelamaan terjadilah sakit tekak...

selepas sakit tekak jadilah batuk..kalau dah start batuk sangat lah bahaya sebab batuklah punca asma..first time kena mmg tak boleh baring..langsung tak boleh! ngantuk sangat saya tidur menyandar je...tp kl mmg dah lelah mmg xleh baring sebenarnya. pernah sekali tu.. saya batuk sampai sakit ke tulang.. sakit sangat! masa tu semalaman saya xleh tdo..menjelang pagi,saya mintak abg saya hantarkan ke hospital..masa ni saya duduk dengan abg..die keje di tempat saya belajar tu..masa die hantar tu masuk kat wad kecemasan..ops! lupe nk mention..hospital serdang! macam kecoh je masuk wad kecemasan...xdelah naik stroller or kerusi roda..sebab saya boleh jalan lg waktu tu..pergilah tempat untuk amek oksigen...alhamdulillah sekali je amek oksigen..dalam pada itu,ada baby..ya Allah..kesiannya..menangis nangis sebab xnak amek oksigen tu..baby tu xleh jalan lagi..kecik je! kebanyakan orang yang ada penyakit ni sejak kecil lagi kan..tapi saya umur 18 tahun..

sambung balik cerita tadi,selepas amek oksigen..kena jumpa doktor..pastu doktor inject kat punggung untuk tahan sakit...doktor cakap awak batuk kuat sangat sebab tu jadi camni..mula2 tu terkejut jugak? haa? kena inject kat situ..tapi diam je laa kan..doktor perempuan..lepas tu amek ubat..sejak daripd itulah saya mula mengenali apa itu inhaler.actually,inhaler ni ade byk jenis..ada yg sederhana ada yang kuat.depends on tahap asma tu sendirilah..rasanya 2 kali jugak lah pergi hospital serdang ni..hospital serdang hanya menerima kecemasan sahaja...kiranya xde pesakit luarlaa...
lepas tu tak ingat dah apa jadi...

biasanya..ini pengalaman saya laa..asma ni dtg 2 kali setahun..kekadang setahun sekali..semasa saya hostel pernah kena jugak..nasib baik kawan ade kete..boleh la die anta p hospital..kali ni p hospital kajang plak..saya di beri satu jenis ubat tu..6 biji sekali makan..xcampur ubat lain2 lagi tu..rasanya sangat lah pahit! alhamdulillah,selepas makan ubat tu..sihat walafiat kembali..semasa saya duduk umah sewa pun pernah kena jugak...pergi hospital kajang juak..tengah2 malam tu! pakai inhaler x jadi apa2..masa tu nasib baik kawan ade kete tolong bawakan...tp saya xpernah la bermalam kat hospital..cuma stay amek oksigen je lah..beberapa jam sahaja...

wahai sahabat2 ku..ku amat mencintai kamu..tu lagu sedetik lebih..hihi...jasamu ku kenang sampai bila2 sahabatku meskipun sekarang telah berlaku salah faham antara kita tapi jauh di sudut hati ini..sangat menghargai jasa-jasa kalian..tak termampu rasanya nak membalas budi-budimu itu..semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kau lakukan sahabatku...


berbalik kepada cerita di atas...baru-baru ni saya ada terbaca kisah arwah Rara Zikry..ini kisahnya..

On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body......

Rara terus koma lepas kena asthma attack dan sekarang masih tak boleh respond. The legs and hands still stiff.

Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Kau nampak tak betapa hibanya situasi tu? Kawan kau yang koma tu keluarkan air mata masa kau berjalan pulang nak tinggalkan dia kat hospital tu, exactly waktu nurse salinkan baju dia. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih?

Jadi, seharusnya kita bersyukur dengan kehidupan kita sekarang, nak-nak yang pernah kena asthma attack dan masih hidup sihat walafiat sampai sekarang. Kita dikelilingi kawan-kawan yang sangat ramai. Ada kawan yang kita kenal dan ada yang kita sendiri tak kenal. Macam kes aku dengan Rara. Dah banyak kali pasang niat nak ziarah Rara, tapi tak kesempatan. Mungkin ada peluang boleh plan dengan Lanie macam mana. Macam kisah aku jumpa The Quadraplet Mei lepas. Itu pun sebab niat! 


ayat atas ni just copy paste je...emm..die di serang asma ketika cycling..saya pun suka cycling..=(
ya Allah takutnya! seriously,bila tahu dia meninggal sebab asma.. saya menangis! saya x sangka begini pengakhiran hidup dia..T_T... sakit ni hanyalah boleh di kawal di rawat tak boleh..boleh jugak di kawal melalui pemakanan...takleh makan yang sejuk2...setakat ini sahaja dulu..kalau rajin sambung lagi..

1 comment:

  1. Asma memang bahaya.. nampak macam takde apa, tapi sekali dia menyerang..memang menggerunkan��

    ReplyDelete

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..