Tuesday, August 2, 2011

Yang Bernama Lelaki

Yang Bernama Lelaki...
sudikah kau menjadi suamiku..
menjadi pemimpinku..
menjadi ketua keluargaku..
menjadi ayah kepada anak-anakku..
menjadi 'Raja' di hatiku..


Yang bernama lelaki..
mampukah kau setia padaku...
mampukah kau menjadikan aku..
sebagai permaisuri hatimu..
dunia akhiratmu...
memimpinku dengan ajaran islam..
menegurku dengan berhikmah..
tatkala aku alpa dengan duniawi...


Yang bernama lelaki..
mampukah kau mengotakan janji-janjimu padaku..
atau hanyalah di mulut sahaja..
atau hanyalah sementara sahaja..
mampukah kau  berikan aku bukti janji-janji itu..
untukku simpan menjadi bukti..
bahawa kau akan setia..


Yang bernama lelaki..
mampukahmu menjadikan aku..
seorang muslimah sejati..
seorang isteri yang taat pada penciptaNya
seorang yang cintakan akhirat..
seorang ibu yang kasihkan anak-anakmu
seorang wanita yang kasihkan orang tuamu..

Yang bernama lelaki..
mampukah kau menjadikan aku wanita syurga...
mampukah  wahai..
Yang bernama Lelaki..

1 comment:

  1. name ku helmi....... so, mcm xkena la... hahaha (",)

    ReplyDelete

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..