Sunday, August 14, 2011

Pengalamanku...kesedaranku..

pada 29-31 Julai...saya telah diberi kesempatan olehNya menghadiri satu kem yang diberi nama Kembara Falak di Kompleks Al-Khawarizmi,Balik Batu,Tanjung Bidara,Melaka. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama hampir 3 jam(tidak termasuk kami berhenti di R& R)..dalam hati kecil ini berdoa..Ya Allah..dengan pemergianku ini berikanlah aku satu perubahan yang bermakna dalam hidupku...berilah perjalanan ini tidak sia-sia...berilah aku ilmu-ilmu yang bermanfaat untukku meneroka alam ini dengan lebih mendalam...okaylah..dengan ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang pengalaman yang telah di perolehi sepanjang kem ini berlangsung..

Actually kami bertolak dari KLIUC pada 29 julai 2011 dalam pukul 6.30 petang..kira-kira dalam pukul 9.45 malam kami selamat tiba di Kompleks Al-Khawarizmi,kompleks inilah merupakan tempat tinggal kami..tempat makan kami..jua tempat kami menimba ilmu serba sedikit..senang cerita kompleks ini lengkaplah dengan kemudahan-kemudahan...opss! wifi pun ade sebenarnya.. Di kompleks ini juga ade planetarium..siap ade 3D lagi.. Sesampainya kami..kami diberi kunci dorm dan kunci loker masing-masing....
After letak barang dalam dorm...kami turun ke dewan makan..menjamu selera..menu malam tu..1.kari ayam,2.ikan masak merah,3.buah tembikai...pah tu tak ingat dah..hahahaha!!!

Malam itu bermula program kami..kami di perkenalkan fasilitator-fasilitator(betul ke x eja nih)..antaranya:
1.Brother Firdaus - sudah bekerja di putrajaya..bekas pelajar UKM
2.Brother Noh -sudah bekerja di cyberjaya
3.Brother Lutfi - masih menuntut di UKM (tak igt kos ape)
4.Sis Ainie - masih menuntut di UKM (kl xsilap kos pendidikan bahasa arab dan ???? opss! lupe!)
5.Sis Siti Hajar -masih menuntut di UKM (tak igt kos ape)

Semuanya baik-baik je..malam tu hanyalah sesi suai kenal disebabkan waktu itu menginjak ke 11 malam dah..waktu tdo tu kan?? ok..pas tu kami dibenarkan kembali ke dorm masing2...Eh..lupe,pagi tu kami semua wajib solat subuh berjemaah di surau + senaman pagi + breakfast.lepas tu..
Alamak..seyes tak ingat dah...ingat2 lupe dah ni...tapi ni haaa...ade gambar ceramah dari Tn Hj Munaim(betul ke x aku eja nih..)



After ceramah ni kami bergerak ke Planetarium untuk menyaksikan keadaan di angkasa...planet-planet sume...duk dalam ni mengundang kepada ketiduran dan kemengantukan...Hahahahaha....lepas tu bergambar sampai tak ingat dunia..ni haa gambar2 tak hingat dunia..
timbang berat!

kat luar planetarium




Lepas tu kami ade ceramah oleh abu faiz..Nama sebenarnya Hj jaafar tapi beliau membahasakan dirinya Abu Faiz...saya xtahulah apa maksud di sebalik nama tersebut..mungkin nama anaknya faiz..mungkin kan..hehe...ceramah die BEST memberi kesan mendalam pada diri saya lah..orang lain saya tak tahulah....

Abu Faiz bertanya kepada salah seorang peserta kem ini...kenapa datang sini?? then jawabnya untuk menuntut ilmu..lantas Abu Faiz menarik tangannya..lalu tangan peserta tak dapat melawan kekuatan Abu Faiz dan kalah!! seterusnya ade sseorang peserta lagi..buat cara yang sama tapi...masa Abu Faiz menarik tangannya..dalam hatinya berkata..saya datang sini kerana Allah..kekuatan itu mengatasi kekuatan Abu faiz...di sini membuktikan bahawa Allah tiada tandingannya..


peserta lelaki bergambar dengan Abu Faiz.sebenarnya Abu faiz ade kongsikan tips..tapi kertas yang saya tulis..hilang semuanya...=( tapi saya akan usahakan copy dari kawan...

Lepas itu kami kembali ke Planetarium..sesi ke dua..kali ni 3D punyerr...best lah jugak..first time tengok 3D.wayang punye pun xpernah tengok 3D lagi


selesainya pementasan ini...cheewahh! macam teater plak..biasalah bila masuk dalam ni..keadaan gelap guguk org ganu panggil..pastinya mengantuk tahap yg xde tahap dah..Hahahahha!

selepas ini pula ada Latihan dalam kumpulan (LDK) kami di pecahkan kepada 4 group..2 lelaki 2 perempuan..kami di beri tugas mencari masalah di kolej dan sertakan langkah-langkah mengatasinya dan wakil kumpulan mesti present di hadapan semua..



Pada sebelah malam pula kami diminta turun ke bilik yang di khaskan untuk program yang seterusnya..sebelum tu kami bergambar-gambar dahulu..huhu..




 rupa-rupanya kami di beri tengok teleskop ke nama die..haha..xtahulah saya...dengan ini kami mampu tengok sehingga planet zuhal..warna merah-merah cket..kecik je nampak...sekecil-kecil alam gitu..
lepas dah tu..ape lg..bergambar tak hingat lagilah..

keh3..tak tahulah ape motif amek gambar macam ni..

seterusnya kami di panggil semula ke bilik yang di khaskan untuk melakukan satu lagi aktiviti dalam kumpulan..kami semua mesti kopek kelapa tua 3 biji menggunakan TANGAN SAHAJA. camner tu??


 Rasa-rasanya kami semua mampu tak? nak2 perempuan kan?? boleh ke??
first saya punye fikiran..ishh mane boleh!! guna tangan??? camner nak buat..mane bolehh!!!tapiiii...


Tadaaaaa...kami mampu buat!!!MAMPU!!

SEE!!!! kami berjaya!!! moral of this activity..jangan kata TAK boleh sebelum kite buat! tak sangka sebenarnya dapat buat tu....hehe..

pagi terakhir kami di kem tersebut...kami wajib solat subuh berjemaah dan ade tazkirah di sampaikan oleh Abu Faiz..hati ini benar2 tersentuh dengan cara penyampaiannya..hampir mengalir airmata ini..pada pagi ini ,,beliau memfokuskan tentang hadiah yang du beri oleh Allah swt pada kita semua...namun kita tak berterima kasih atas pengurniaan hadiah dariNya...kita semua macam budak-budak... suke bila di beri hadiah..namun kita mudah lupa..siapa pemberi hadiah itu..pernah ke kita bersyukur bila di hadiahkan dengan kesihatan yang baik,wajah yang cantik,akal yang cerdas,kaya macam-macam lagi lah..semua tu adalah dari yang maha Esa..tapi sedarkah kita akan kebesarannya?? pernahkah kita melafazkan erti syukur dari mulut kita ini..pernahkan?? seterusnya Abu Faiz menyuruh kami menyediakan hadiah untukknya..sehelai kertas majong..then kami mulalah mencoretkan setinta kata seuntas kata...then kami bagi padanya....
Tiba-tiba Abu Faiz koyakkan hadiah kami...menyiat-yiat hadiah kami..baling ke arah kami dengan nada yang agak tinggi...langsung x menghargai apa yang kami buat...
moral die camnilah..ape perasaan kita kalau kite beri hadiah pada seseorang namun langsung tidak di hargai..ape perasaan kita?marahkan kita? sukakah kita di perlakukan seperti itu?? fikir-fikir la ye..

keesokannya..iaitu hari terakhir kami di sini..kami di beri satu lagi task...kami di beri kumpulan..2 orang setiap kumpulan..kami kena memberi sedikit sumbangan kepada penerima( penduduk miskin) di sekitar kg balik batu...kami hanya di beri nama penerima sumbangan tersebut dan map yang tak serupa map...hehe...terlalu ringkas...so kami kena tanya penduduk kampung..

UjianMu ya Allah..dalam tengah-tengah duk berjalan mencari rumah penerima bantuan tersebut..plastik kami koyak!!ya Allah...berlari-lari balik ke tempat permulaan untuk mengambil plastik baru..nasib baik semputt xdatang..hehe..

cepat3...kami meletakkan kembali barang2 ke dalam plastik baru..

akhirnya kami jumpalah rumah penerima bantuan ini...namanye Raman Bin Bidin,dia bisu..makcik kat atas tu adalah ipar kepada penerima bantuan...mati-mati aku ingat mereka dalah suami isteri...kami berborak-borak dengan makcik di atas tu...dia mempunyai 4 orang anak..salah seorang anak lelakinya meninggal akibat kanser lima hari sebelum umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas...Ya Allah...sungguh sedih rasanya...bayangkan kite kehilangan orang tersayang sebelum Aidilfitri...Ya Allah..sunnguh!! tak dapat ku bayangkan Ya RAbbi...kami juga di jamu makan nasi goreng dan air teh..Ya Tuhan..aku tak mampu menelan nasi goreng itu,,bukan bermakna aku menghina makanannya tapi aku tak boleh..namun..aku cube jugak..makan sampai abes..apakata tuan rumah kalau tak makan abes kan? Ya Allah..aku rasa nak muntah..tapi aku tahan...macam ni lah kan rasa makanan mereka..tiap-tiap hari mereka makan..sedangkan kita semua...Ya Allah..ampunilah hambaMu iini..dan berkatilah kelluarga makcik ini Ya Allah..

makcik kat atas tu turut menjaga cucu-cucunya...ade dalam kalangan budak di atas adalah anak yatim..
inilah keadaan rumahnya...ade tv dan meja makan je..tv pun kecik je..susahnya mereka Ya Allah,kalau nak di bandingkan dengan diri ini Ya Allah..Hampir 30 minit kami berbual dengan makcik itu kami minta diri kerana kami ada gotong royong bersihkan kawasan kampung..


dalam perjalanan ke Kompleks Falak Al Khawarizmi...kami terjumpa rakan-rakan di rumah keluarga penerima bantuan yang lain..kami singgah..minum2 dulu...makan cekodok dulu...hehehe!!


bergambar tanda kenangan

bergambar dengan penduduk kampung..siket je..huhu...

aktiviti pantai

gambar lagi!

lagii!!

sambil menunggu anak bulan keluar..bergambar lagii..

lagiii!!

lagiii..

comel kan baby tu?? nama die balqis..hehe...curik jap..

cantikkan pemandangan itu...Ya Allah..agungnya kebesaranMu Ya Rabbi..










No comments:

Post a Comment

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..