Monday, July 4, 2011

sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..T_T

sakit yang menguji diri..sakit itu adalah nikmat sebenarnya..penghapus dosa kita...tapi terkadang terkeluar jugak keluhan suara-suara mengeluh..sakitnya Ya Allah...rasanya tak tertanggung...namun apa yang aku alami ini hanyalah biasa andai di bandingkan oleh kesakitan mereka2 di luar sana..apatahlagi di hospital sana...aku sebenarnya agak gerun mendengar 'hospital' bukan ape..aku sangat takut dengan darah-darah luka-luka ..sungguh tak boleh tengok tu semua..memang akan terpaku! jelas lg nyata,aku mmg xlehla kan jadi nurse..memang failed habes...hihi...lari topik la plak kan...ok xpe2..jom kita hayati kisah rabiatul adawiyah...

Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya oleh Sufyan Al Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul-adawiyyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. 

Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?” 
Jawab orang itu, “Tiga puluh.” 
Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” 
Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”

Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.

artikel ini dari http://nurullhalawati.blogspot.com/ penulis novel stanza cinta..semoga bermanfaat~



No comments:

Post a Comment

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..