Biarkan aku menjaga perasaan ini….
Tajuk dia di adaptasi daripada sebuah lagu..lagu apa tu lupa plak..huhu…tak pe,lupakan je~ ~ ye! Biarkan aku menjaga perasaan ini seorang diri..Aku takkan berkongsi dengan sesiapa pun tentang perasaan ini…biarkan aku menjaganya..aku mampu menjaganya agar ‘perasaan ini’ sihat-sihat sahaja tanpa merindui seseorang yang wujud dalam hati ini…Hanya Tuhan je yg tahu apa yang aku rasakan selama ini..hanya pada Nya lah tempat aku mengadu tentang perasaan ini…Ya Allah jagalah perasaan ini supaya ia tidak keterlaluan dan melampaui batas!
Ok nak kongsi ayat ni..ayat ni dari novel stanza cinta…novel peberet lah katakan..sebabnya sangat lah setuju dan ingin kearah itu dan sentiasa akan mengamalkan doa ini..lebih kurang macam ini lah bunyinya….”aku telah minta pada Allah supaya menjaga hati ini..bukakanlah hati ini hanya pada bakal suamiku..walau sehebat mana pun lelaki lelaki yang datang jangan di bukakan hati ini andai dia bukan untukku..aku tak mahu jatuh cinta pada lelaki yang salah..dan aku serahkan rasa cinta ini pada yang Maha Esa..aku pun nak berdoa macam tu…bukakanlah hati ini andai dia adalah bakal suamiku Ya Allah..jangan di bukakan hati ini andai dia bukan untukku..Aminn Ya Allah…
Buat dia…
"Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Penguasa di hari pembalasan. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami pada jalan yang benar. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat."
"Ilahi, Tuhanku
Hatiku penuh hijab dan jiwaku penuh aib
Akalku terkalahkan dan hawa nafsuku mengalahkan
Ketaatanku sedikit dan maksiatku banyak
Sedangkan lisanku mengakui dosa-dosaku, bagaimana dengan dayaku?
Wahai Yang Maha Menutupi segala aib
Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib
Wahai Yang Menghilangkan segala duka dan derita
Ampuni semua dosaku dengan kemuliaan Muhammad dan keluarga Muhammad
Ya Ghafar Ya Ghaffar Ya Ghaffar
dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi"
Hati hamba ini selalu di Uji.. dan 'dia' juga hadir di dalam hati ini sebagai ujian.. tiadalah kudratku untuk melawan..menolak, apatah lagi membuang jauh-jauh rasa hati ini..aku manusia yang adanya fitrah ingin menyayangi dan disayangi.. sesungguhnya, telah Rabb tentukan kasih buat 'dia' ada di hatiku.. aku gembira adanya 'dia' di hatiku.. aku selalu tersenyum bila ada 'dia'.. aku suka bila 'dia' berbicara, penuh dengan kalimah2 yang mendidik jiwa.. 'dia' hamba Allah yang biasa, tetapi bagiku 'dia' berjiwa luar biasa..
'dia' berkata :
"Ya Allah.. jika dia tercipta buatku, izinkan aku menyayanginya dan membahagiakannya.. akan ku bawa dia bersamaku dalam mengejar cinta-Mu ya Rabbi.."
"Jika dia jodohku, jadikan aku seorang suami dan pelengkap dalam hidupnya..kerana aku memerlukannya sebagai sebahagian dari diriku.. yang terpisah semasa lahir dan bersatu kerana takdir jodoh dari-Mu.."
"pertemuan yang baik.. hadirnya ***** dlm hidup ** dgn ikatan yg sah bernama pernikahan dan perkahwinan.."
" x msj bukan tandanya x rindu.. x bertemu bukan bermakna x sayang.. x berbual bukan bererti x cinta.. tapi rindu, sayang dan cinta itu bermakna apabila org yg kite sayang sentiase ade dlm setiap bisikan doa.. dekat dihati.."
Tiada apa-apa yang ku harap dari 'dia'.. cukuplah sekadar ada 'dia' di hatiku..kerana aku tidak ingin hatiku lalai dari mengingati 'DIA', pelihara hati 'kami' ya Allah... 'dia' selalu membuatkanku kembali pada 'DIA'.. 'dia' selalu membuatku mengharap pada 'DIA'... aku bukan menyanjung 'dia', sekadar menyatakan bahawa disebabkan itu aku jatuh kasih pada 'dia'.. tiada yang berhak disanjung dan dipuja selain 'DIA'..
apa yang ku harapkan adanya pertemuan yang baik antara aku dan 'dia'.. satu pertemuan impian yang diredhai 'DIA'.. tiada istilah dating @ meeting @ yang sewaktu dengannya antara kami.. Biarlah pertemuan itu, pertemuan yang berlandaskan syara' yang 'DIA' gariskan.. Pertemuan yang bermula dengan pernikahan, sesungguhnya pertemuan yang baik, akan menjadikan hari2 mendatang yang bakal dilalui juga menjadi baik kerana adanya redha Rabb bersama..dan andainya tiada pertemuan yang baik antara aku dan 'dia', aku takkan pernah kecewa.. kerana aku percaya 'DIA' takdirkan begitu pasti ada hikmahnya.. takkan sedih hati ini kehilangan cinta 'dia', kerana tiada yang lebih menyedihkan selain kehilangan cinta 'DIA'.. jika 'DIA' tak mengurniakan kasih sesama insan, takkan ada kasih buat 'dia' di hatiku.. jika 'DIA' tak mensyariatkan perkahwinan dan pernikahan, takkan ada pertemuan yang baik antara aku dan 'dia'..
buat 'dia'.. berdoalah agar ada pertemuan yang baik buat kita.. sandarkan pengharapan pada 'DIA' kerana 'DIA' yang Maha Tahu... kerana mengharap pada-Nya hatimu takkan kecewa...
..Ya RaBB..
...pelihara hatiku dan hati 'dia'...
..Jangan terlebih Kasihku pada 'dia', biarlaah kasihMu Agung di Hatiku..
..kerana aku ingin sentiasa didakap Cahaya Cinta AgungMu..
No comments:
Post a Comment