Erti Persahabatan Ini
Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...
buat sahabat-sahabat yang di sayangi...diri ini amat menyayangi kalian..tanpa kalian siapalah diri ini...yang sentiasa disisi kala daku kesepian,kedukaan,kehampaan dan kesedihan....memang sukar untuk mencari sahabat...terlalu sukar bagiku untuk mencari seorang sahabat yang iklhlas bersahabat..bukan kerana rupa,harta dan sebagainya...seorang sahabat sentiasa di sisi sahabatnya tatkala tawa dan duka..itulah pengertian sahabat.sentiasa di sisi meskipun susah mcm mana sekalipun...sahabat yang baik takkan sekali meninggalkan sahabatnya walau apa pun sebabnya..sentiasa kekal bersama hingga ke akhir hayat...saya sayang mereka-mereka semua..meskipun sayang xpernah terucap dari zahirnya namun jauh di sudut hati amat menyayangi kalian...semoga persahabatan yang kita bina selama ini mendapat lindungan rahmatNya..semoga kalian berjaya dan teruskan berusaha juga sentiasa di bawah lembayung rahmatNya selalu...Semoga Allah merahmati kita semua...aminn Ya Allah..
No comments:
Post a Comment