Thursday, April 7, 2011

stanza cinta

stanza cinta adalah sebuah novel...novel ini benar2 telah memikat hati ini...hehe...sy suke baca novel ni...belilah...xrugi bace novel ni..kata-kata dalam novel amat bermakna...dan sangat mendidik jiwa..
inilah di antaranya,,,=)


sinopsis stanza cinta

SINOPSIS STANZA CINTA


Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.


Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

sedutan ayat-ayat dari novel stanza cinta.....

 “usah menjangkakan masa depan,kerana masa depan adalah milik Tuhan.Sebaliknya,hadapilah hari-hari yang mendatang dengan penuh senyuman,usaha serta tawakal padaNya dan redhalah atas segala yang telah di berukan kerana segalanya pasti yang tebaik”

“jika kamu letakkan hatimu di akhirat, pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redhaNya.Tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia,maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tidak berkesudahan”

“barangsiapa menginginkan teman,cukuplah Allah menjadi temannya,Barangsiapa menginginkan kekayaaan,cukuplah qanaah menyertainya,Barangsiapa menginginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya,Barangsiapa menginginkan harta simpanan,cukuplah alQuran menjadi barang simpanannya,Barangsiaoa yg tidak cukup dengan keempat-empat hal ini,cukuplah neraka baginya”

“Berilah hatimu pada Allah,pasti Allah temukan padamu pemilik yang terbaik.Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya”

“Allahumma soyyiban nafian-moga hujan yang turun ini membawa seribu rahmat daripada Allah”

3 jenis cahaya di akhirat ketika di padang mahsyar.

Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip ialah orang yang ketika mendengar azan dan terus meninggalkan segala kerja serta urusannya,lalu melangkah segera menunaikan solat.

Cahaya kedua ialah cahaya yang terang seperti bulan purnama ialah wajah orang yang mengambil wudhuk sebelum azan berkumandang.

Cahaya ketiga ialah orang wajah yang terang benderang seperti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di masjid sebelum masuknya waktu azan

“Ya Allah tolong lindungi aku dari sifat putus asa,ajarkan daku untuk selalu bersabar,ajari daku untuk mendidik jiwa ini.Ya Allah,selamatkanlah daku dari nafsu amarah yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hatiku.Jangan di bukakan pintu itu Ya Allah.Aku ingin punya hati yang tenang ,hati yang tidak berasa sakit atas setiap ujianMu,hati yang tidak terguris dengan mainan takdir yang selalu menguji”

Ya Allah Zat Yang Maha Mengetahui,
Engkau menjadi saksi pada segala yang terjadi,
Jika aku benar,bantu daku berjuang,
Mempertahankan maruahku,
Aku tidak punya apa-apa melainkan maruah yang ku pertahankan,
Maruah yang di injak-injak oleh salah seorang hambaMu,
Hanya daripadaMu Ya Allah,
Kerana Engkau sebaik-baik penolong,
Tidak berdaya ku pikul beban ini  bersendirian,
Hanya Rahmat dan kasih SayangMu,
Tunjukkan jalannya Ya Allah,
Sesungguhnya engkau memakbulkan doa hamba…

“janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”      (Al Imran:13)


Amni,apabila Allah cinta padamu,maka sebuah darjat di siapkan dalam syurga untukmu,tetapi kamu perlu selesai ujian yang lebih getir terlebih dahulu..
“saya tahu.tetapi gelombang mujahidah ini tidak pernah tenang,Jangankan mutmainnah,malah amarah pula yang sering melanda ..saya tidak tahu  bagaimana caranya mendidik hati ini supaya istiqamah selalu”

“begitulah letaknya erti sabar.Amni tahu bilakah sabar ini di perlukan?Bukan hanya ketika di uji kesusahan dan bukan hanya ketika menahan marah”,ustaz mengingatkanku sambil membaca firman Allah:
“apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bangi Allah.Orang-orang yang berjihad antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Al Imran:142)


penambahan sikit..insyaAllah..naskhah STANZA CINTA akan ditayangkan di TV3, terbitan Grand Brilliance mengikut jadual pd 5 June 2011...=)

No comments:

Post a Comment

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..