Monday, March 28, 2011

rancangan adik-adikku musim ke 2-hasil kerjasama rtm&jakim


 ADIK-ADIKKU INSYALLAH BOLEH!!!!!

rancangan adik-adikku??rancangan ape ye..korang tau x??
rancangan ini adalah rancangan realiti di mana  mereka beraksi dipentas dengan  bernasyid, berpidato, bersyair dan bertarannum..umur peserta pun dalam 10-12 tahun..*kalau xsilap saya lah..bg saya rancangan sepert ini amatlah harus diteruskan lagi..kanak2 seperti ini lah bakal memimpin negara ini...kanak2 seperti inilah yg kita cari selama ini...Ya Allah..terkedu saya bila saya mendengar kata2 yg keluar dari mulut adik2 kita ini..ya Rabbi...kecil2 lg mereka telah di dedahkan dengan ilmu yg sgt tinggi..untungnya mereka...terasa malu pun ade dgn adik2 kita ni...masyaAllah..hebat sungguh adik-adik kita ini..sebenarnya rancangan  ini dah masuk musim ke 2...musim pertama saya mmg xtahu lgsg wujudnyya program seperti ini..saya dapat tahu pun...bile balik dari kolej..balik rumah..tengok tv...duk tukar2 channel....tibe2 terbukak rancangan adik2ku..pukul 630-700 setiap hari Manakala siaran ulangannya pada keesokan harinya jam 9.30 hingga 10.00 pagi juga melalui RTM..


ini lah wajah-wajah bakal pemimpin negara suatu hari nanti..







wajah-wajah pendidik adik-adik kita ni..


senarai  7 FINALIS ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2

seramai tujuh orang peserta rancangan realiti ADIK-ADIKKU Musim ke-2 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM telah diumumkan berjaya ke peringkat finalis. Tujuh orang peserta tersebut ialah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11, dan juga Iffah Ahmad Hilmi, 11. Kesemua peserta tersebut adalah antara yang terpilih daripada 16 orang peserta yang telah disaring oleh JAKIM dan telah menerima latihan dan bimbingan para murabbi dan ra’es selama hampir sebulan bermula 27 November hingga 25 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

7 finalis adik2 kita ni berentap di pentas akhir pada 21 mac di PICC,Putrajaya.

JUARA ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2


Muhammad Amirul Munir Azlin



NAIB JUARA ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2

Syafiqah Fasiha Ahmad Safri


TEMPAT KE 3 ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2


Zaid Najmuddin Zul Akmal



mesti bangga kan ibu bapa kalian mendapat anak sehebat kalian...pendaie kecil....semoga istiqamah dalam menyebar dakwah islam...

No comments:

Post a Comment

sama-sama kita men'soleh'kan.. dan men'solehah'kan diri.. semoga kita istiqamah melakukan perubahan.. Wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.. Semoga bertemu pasangan yang baik.. berdoalah semoga kita menjadi wanita yang terpelihara..